3,212

Dari bidang hospitaliti, tukar kerjaya ke sektor jagaan masyarakat

SETELAH tamat pengajian di universiti pada 2013, Encik Adib Yusof bekerja dalam industri hospitaliti, di mana beliau terlibat dalam penubuhan dan pembinaan hotel baru.

Dari bidang hospitaliti, tukar kerjaya ke sektor jagaan masyarakat

SETELAH tamat pengajian di universiti pada 2013, Encik Adib Yusof bekerja dalam industri hospitaliti, di mana beliau terlibat dalam penubuhan dan pembinaan hotel baru.

Namun, beliau hilang pekerjaan tahun lalu apabila syarikatnya menghentikan pekerja.

Setelah berbulan-bulan mencari pekerjaan dalam industri yang sama dan memandu bagi Uber dan Grab, beliau menemui peluang pekerjaan baru dalam sektor penjagaan masyarakat di pameran pekerjaan Skim Sekutu Pengurusan Kanan (SMAS) Februari lalu.

Encik Adib, 30 tahun, kini pengurus kerjasama dan projek di Rumah Warga Emas Lee Ah Mooi.

"Saya tertarik dengan peranan pekerjaan tersebut, juga kerana pertubuhannya tidak ramai pekerja.

"Bagi saya, ini satu peluang baik bagi saya mengenali rakan kerja dengan lebih rapat dan belajar daripada mereka," kata bapa seorang anak itu.

Sebagai pengurus kerjasama dan projek, antara tugasan pertama yang diberi kepada Encik Adib adalah menyelia kerja naik taraf yang dilaksanakan di kemudahan kedua Rumah Warga Emas Lee Ah Mooi di Silat Avenue.

Selain itu, beliau juga mengenal pasti, menyaran dan melaksanakan tugasan memperbaiki kecekapan rumah warga emas itu.

Encik Adib juga adalah antara 27 sekutu yang menyertai SMAS tahun ini.

Skim yang ditadbirkan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) itu menyokong karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) yang mahu membuat pertukaran pertengahan kerjaya ke sektor penjagaan masyarakat.

Sebagai sebahagian daripada skim itu, Encik Adib melalui program pengenalan dan latihan selama enam minggu bagi mengenali lebih mendalam tentang sektor penjagaan masyarakat.

Antaranya, peserta akan belajar tentang sokongan dan sumber yang sedia ada bagi warga emas, penjaga mereka dan badan penjagaan masyarakat; membina rangkaian bersama rakan dan ketua sektor tersebut; dan melalui pengalaman bekerja sambil belajar dengan badan penjagaan masyarakat demi lebih memahami sektor itu dan cabarannya.

Encik Adib berkata beliau amat menggalakkan generasi muda menyertai sektor penjagaan masyarakat kerana mereka boleh memberi perspektif baru dan menyuntik idea segar.

"Dalam sektor ini, keperluan keluarga juga adalah sama penting dengan keperluan penghuni rumah.

"Untuk generasi muda, kita punyai ibu bapa kita sendiri. Jika satu hari mereka perlu menetap di rumah rawatan ataupun perlu pergi ke pusat penjagaan warga emas, kita pasti ada jangkaan.

"Oleh itu, kita boleh melakukan sesuatu hari ini bagi keperluan ibu bapa kita pada masa depan," katanya.

 

Available Positions Here!

Back to Career Resources »

Related Articles

    How to add humour when you are not funny

How to add humour when you are not funny

Using humour makes you appear more clever, engaging, confident and charismatic.

    Government reviewing benefits for unwed mothers

Government reviewing benefits for unwed mothers

SINGAPORE - Unwed mothers could, in the future, have the same benefits as married mums

    Singapore world's No. 2 spot for new retail brands: CBRE

Singapore world's No. 2 spot for new retail brands: CBRE

SINGAPORE is the world's second "hottest" city after Tokyo, using one measure of retail expansion, having attracted 58 new retail brands last year

    Launch Of New Online Jobs Supplement

Launch Of New Online Jobs Supplement

Bringing you interesting findings, content and articles in a thematic bi-monthly issue

    Pay disclosure by listed firms not ideal

Pay disclosure by listed firms not ideal

Freshwater faults SGX's inconsistent approach in tackling recalcitrants

    How to become a human resource manager

How to become a human resource manager

Be responsible for the full HR spectrum.